Tuesday 30 October 2012

SEKOLAH SAYA : SJKC CHUNG HUA PORT DICKSON

Kelas Tahun 1




Pentas Kebudayaan

Gelanggang Bola Keranjang

Bilik SAL

Perpustakaan

Sudut Hiasan Perpustakaan ^^

Saturday 27 October 2012


Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.


Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu
perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang
berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor
seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/        Seperti cincin dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu
merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/    Seperti telur di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu
berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng
bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan
tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput
kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/       Seperti talam dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti mencurahkan air ke daun keladi /Seperti hujan jatuh ke pasir
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung
orang yang cetek pengetahuan mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan
tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga
seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi
perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang
mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul
orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu
jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Friday 26 October 2012


Satu Malaysia

Masih ingat pada tiga tahun yang lalu, kali pertama saya mengajar anak murid tahun satu menyanyi lagu ini. Sebaik sahaja saya menyiarkan lagu ini dengan radio, seorang murid perempuan menangis. Saya terkejut. 'Kenapa kamu menangis?' saya tanya. Jawabnya,'Cikgu, lagu ini sangat sedap didengar'. Saya fikir, mestilah dia terharu dengan melodi dan lirik lagu yang bermakna ini, seperti saya.

Cerita - Gagak Yang Bijak

~~Banyak perkara dapat diselesaikan sekiranya kita menggunakan akal.~~
 


 

Thursday 25 October 2012


Latihan 2 : Kata Pemeri

Pilih kata pemeri yang sesuai.
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. .Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.

Jawapan :
1  ialah
6  adalah
2  adalah
7  ialah
3  adalah
8  adalah
4  ialah
9  adalah
5  adalah
10 ialah



Latihan 1: Kata Nama


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
   A orang
   B haiwan
   C makhluk
   D ternakan

Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
   A kelapa sawit
   B bunga
   C getah
   D padi

Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
   A hati
   B ubat
   C gula
   D garam

__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
   A Batik
   B Dodol
   C Gamelan
   D Tarian Inang

__________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
   A Nyanyian
   B Masakan
   C Pakaian
   D Tarian

__________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
   A Gadis
   B Wanita
   C Pemudi
   D Pemuda

Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
   A doktor
   B perwira
   C mekanik
   D pemandu

Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
   A bilik gerakan
   B bilik bacaan
   C bilik stor
   D bilik air

9 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
   A poskad
   B majalah
   C surat khabar
   D surat berdaftar

10 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
   A Arnab
   B Kucing
   C kambing
   D kura-kura

Jawapan :

1  B
6  D
2  D
7  B
3  D
8  A
4  A
9  D
5  C
10 C



Kata Pemeri : ialah, adalah


Kata Pemeri "ialah" hendaklah digunakan di hadapan kata nama. 
Contoh ayat :
1. Pengetua sekolah saya ialah Puan Rahimah Bt Abdullah.
2. Bangunan di hadapan sekolah saya ialah Balai Polis Port Dickson.

Kata pemeri "adalah" digunakan di hadapan kata djektif atau kata sendi nama.
Contoh ayat:
1. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2011-05-18
2. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.

Namun demikian, kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
1. Keputusan penyertaan adalah  bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)

Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama. 
Contohnya: 
1. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

Monday 22 October 2012

Kata Nama

1. Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
2. Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara umum.
3. Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara khusus.

 

Bahasa Jiwa Bangsa

Kita sebagai rakyat Malaysia harus menguasai Bahasa Malaysia.

Bahasa merupakan lambang budaya dan penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa. Bahasa berfungsi sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Hilang bahasa lenyap bangsa. Apabila sesuatu bahasa itu tidak terpakai lagi, maka lambat lanun hilanglah bangsa itu. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Kita harus menyanjung dan tidak meminggirkan Bahasa Melayu demi menjaga maruah bangsa. Dalam konteks Malaysia, Bahasa Melayu berada dalam kedudukan yang amat unik untuk dijadikan bahasa integrasi dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu penting sebagai alat perpaduan dan harus dikuasai oleh setiap warganegara Malaysia.

Marilah kita bersama-sama belajar Bahasa Malaysia.

Selamat datang ke blog saya ^^


Selamat datang ke blog saya. Saya akan berkongsi pengalaman mengajar saya di sini dari semasa ke semasa. Rakan-rakan, pendapat-pendapat dan idea-idea anda amat dialu-alukan. Mari kita belajar bersama-sama.