Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.
Kata Ganti
Nama Tunjuk
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
Ini
|
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat
|
1. Rumah ini sungguh cantik.
2. Pen ini kepunyaan ayah.
|
Itu
|
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh
|
1.Bola itu besar.
2.Rumah usang itu tidak berpenghuni.
|
Sini
|
Digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
|
1. Datuk suka bersenam di sini.
2. Setiap hari, saya tunggu ayah saya di sini.
|
Sana
|
Digunakan untuk tempat yang jauh atau dianggap jauh dengan orang yang bercakap
|
1. Mari kita pergi ke sana.
2. Mereka telah sampai di sanapada pukul 4 petang.
|
Situ
|
Digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh “sana”
|
1. Ali duduk di situ pagi tadi.
2. Kedai runcit yang ada dekat-dekat situ telah gulung tikar.
|
Syabas, isi kandungan yang jelas dan mantap.
ReplyDeleteSuch an interesting blog!!!
ReplyDeleteGOOD ABM!
ReplyDeletethanks
DeleteTerima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeleteContoh yang bagus!
ReplyDelete