Saturday, 8 December 2012


Latihan 6: Kata Bilangan

Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

1 ______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
   A Para
   B Setiap
   C Ribuan
   D Setengah

2 ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
   A Setiap
   B Segelintir
   C Sebilangan
   D Sebahagian

3 Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
   A berbagai
   B pelbagai
   C seluruh
   D segala

4 ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
   A Ketiga
   B Tiap-tiap
   C Sesetengah
   D Kedua-dua

5 Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau.
   A puluhan
   B ribuan
   C setiap
   D separa

6 _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
   A Seluruh
   B Ribuan
   C Setengah
   D Beberapa

7 Pak Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita penyakit jantung.
    A berhari-hari
    B berabad-abad
    C bertahun-tahun
   D berkurun-kurun

8 ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
   A Pelbagai…… setiap
   B Berbagai……semua
   C Beberapa……segala
   D Pelbagai……segala

9 _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam panas.
   A Tiga suku…… sekalian
   B Setengah……beberapa
   C Seluruh……sekalian
   D Seluruh……setiap

10 Jutawan itu mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
   A sebahagian
   B sesetengah
   C beberapa
   D ribuan

Jawapan :

1  B
6  B
2  A
7  B
3  B
8  A
4  D
9  D
5  B
10 A

3 comments:

  1. Terima kasih berkongsi latihan ini.

    ReplyDelete
  2. I was lucky enough to find your wonderful blog and top quality activity sheets. Thank you so much!

    ReplyDelete
  3. Sebuah blog yang mempunyai banyak latihan yang boleh dikongsi. Syabas. Moga cikgu terus aktif berblog untuk berkongsi maklumat dan ilmu.

    ReplyDelete