Thursday, 25 October 2012


Kata Pemeri : ialah, adalah


Kata Pemeri "ialah" hendaklah digunakan di hadapan kata nama. 
Contoh ayat :
1. Pengetua sekolah saya ialah Puan Rahimah Bt Abdullah.
2. Bangunan di hadapan sekolah saya ialah Balai Polis Port Dickson.

Kata pemeri "adalah" digunakan di hadapan kata djektif atau kata sendi nama.
Contoh ayat:
1. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2011-05-18
2. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.

Namun demikian, kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
1. Keputusan penyertaan adalah  bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)

Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama. 
Contohnya: 
1. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

5 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian cikgu. Blog cikgu amat cantik dan menarik perhatian. Nota Kata Pemeri ini merupakan nota yang baik dan amat berguna untuk murid-murid kita.

    ReplyDelete
  2. Penerangan jelas dan mudah difaham...

    ReplyDelete
  3. Maaf, kata pemeri "adalah" tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat.

    ReplyDelete