Latihan 1: Kata Nama
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan
2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi
3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam
4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang
5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian
6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda
7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu
8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air
9 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar
10 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura
Jawapan :
|
Terima kasih kerana upload latihan kata nama,:)
ReplyDeleteterima kasih kerana memberi latihan yang baik
ReplyDeleteSila izinkan saya menggunakan latihan ini untuk anak saya. Terima kasih atas penyediaan latihan ini. ^^
ReplyDeleteTiada masalah, siapa-siapa yang berminat boleh cuba latihan ini.
DeleteLatihan yang sesuai dengan pengajaran.
ReplyDeletelatihan ini untuk murid tahun berapa?
ReplyDeleteLatihan ini sesuai untuk murid tahap 2.
Delete