Thursday 25 October 2012


Latihan 1: Kata Nama


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
   A orang
   B haiwan
   C makhluk
   D ternakan

Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
   A kelapa sawit
   B bunga
   C getah
   D padi

Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
   A hati
   B ubat
   C gula
   D garam

__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
   A Batik
   B Dodol
   C Gamelan
   D Tarian Inang

__________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
   A Nyanyian
   B Masakan
   C Pakaian
   D Tarian

__________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
   A Gadis
   B Wanita
   C Pemudi
   D Pemuda

Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
   A doktor
   B perwira
   C mekanik
   D pemandu

Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
   A bilik gerakan
   B bilik bacaan
   C bilik stor
   D bilik air

9 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
   A poskad
   B majalah
   C surat khabar
   D surat berdaftar

10 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
   A Arnab
   B Kucing
   C kambing
   D kura-kura

Jawapan :

1  B
6  D
2  D
7  B
3  D
8  A
4  A
9  D
5  C
10 C


7 comments:

  1. Terima kasih kerana upload latihan kata nama,:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi latihan yang baik

    ReplyDelete
  3. Sila izinkan saya menggunakan latihan ini untuk anak saya. Terima kasih atas penyediaan latihan ini. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah, siapa-siapa yang berminat boleh cuba latihan ini.

      Delete
  4. Latihan yang sesuai dengan pengajaran.

    ReplyDelete
  5. latihan ini untuk murid tahun berapa?

    ReplyDelete