Thursday 25 October 2012


Latihan 2 : Kata Pemeri

Pilih kata pemeri yang sesuai.
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. .Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.

Jawapan :
1  ialah
6  adalah
2  adalah
7  ialah
3  adalah
8  adalah
4  ialah
9  adalah
5  adalah
10 ialah


7 comments:

  1. Latihan ini sangat sesuai untuk murid.

    ReplyDelete
  2. Latihan ini dapat memberi pemahaman yang lebih kepada murid-murid kerana kata pemeri ini kadang-kadang amat mengelirukan.

    ReplyDelete
  3. Ya, saya setuju dengan pendapat Cikgu Teng. Kadang-kadang guru sendiri juga tersilap menggunakannya.

    ReplyDelete
  4. Nota dan latihan yang baik dan bersesuaian untuk murid.

    ReplyDelete
  5. Persembahan blog yang menarik dan nota serta latihan memberi manfaat kepada murid-murid.

    ReplyDelete
  6. Latihan yang baik dan sangat senang.

    ReplyDelete