Salam 1 Malaysia kepada semua rakan seperjuangan, marilah kita sama-sama meraikan Hari Krismas yang meriah ini pada bulan Disember yang bakal mengakhiri tahun 2012. "ho, ho, ho~~~Merry Christmas!^^"
Alam Ria Bahasa Melayu
Wednesday, 12 December 2012
Monday, 10 December 2012
Latihan 10 : Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ____________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ______.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
4 Kunding mengambil sekeping roti sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
5 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati
6 Azizi dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
9 Yoke Lan ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati
10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan
Jawapan :
|
Latihan 9 : Kata Bantu
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Masa menjawab soalan itu __________ tamat.
A sudah
B lalu
C mesti
D sedang
2. Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.
A sudah
B sedang
C pernah
D masih
3. Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali ___________ kalah.
A sudah
B telah
C masih
D belum
4. Murid-murid Tahun 4 _____________ menyertai peraduan itu pada minggu hadapan.
A belum boleh
B masih sedang
C sedang hendak
D masih
5. Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.
A dapat
B hendak
C boleh
D harus
6. Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.
A mesti
B harus
C mahu
D sedang
7. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang
B harus
C akan
D telah
8. Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?
A dapat
B mesti
C harus
D sudah
9. Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.
A mesti
B sedang
C sudah
D akan
10. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
A harus
B akan
C telah
D mesti
Jawapan :
|
Latihan 8 : Penjodoh Bilangan
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
1 Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji
2 Hidayah membeli dua __________ benang untuk menjahit baju.
A buah
B buku
C utas
D gelung
3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar
4 Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,. kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C cawan
D genggam
5 Beberapa __________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.
A batang
B pohon
C pucuk
D kaki
6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji
7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai
8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku
9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk
10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk
Jawapan :
|
Saturday, 8 December 2012
Latihan 7 : Kata Penguat
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.
A Nian
B Benar
C Sekali
D Terlalu
2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
A betul
B benar
C sekali
D paling
3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
A paling
B sekali
C benar
D betul
4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.
A nian
B agak
C betul
D benar
5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
A paling
B sekali
C betul
D nian
6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.
A sungguh
B sekali
C benar
D nian
7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
A amat
B betul
C benar
D sekali
8 Rasa buah durian itu _________ sedap.
A betul
B benar
C sekali
D sangat
9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
A paling
B sekali
C betul
D nian
10 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.
A sekali
B betul
C amat
D nian
Jawapan:
|
Latihan 6: Kata Bilangan
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
1 ______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para
B Setiap
C Ribuan
D Setengah
2 ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
A Setiap
B Segelintir
C Sebilangan
D Sebahagian
3 Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
A berbagai
B pelbagai
C seluruh
D segala
4 ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga
B Tiap-tiap
C Sesetengah
D Kedua-dua
5 Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau.
A puluhan
B ribuan
C setiap
D separa
6 _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
A Seluruh
B Ribuan
C Setengah
D Beberapa
7 Pak Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita penyakit jantung.
A berhari-hari
B berabad-abad
C bertahun-tahun
D berkurun-kurun
8 ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
A Pelbagai…… setiap
B Berbagai……semua
C Beberapa……segala
D Pelbagai……segala
9 _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam panas.
A Tiga suku…… sekalian
B Setengah……beberapa
C Seluruh……sekalian
D Seluruh……setiap
10 Jutawan itu mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
A sebahagian
B sesetengah
C beberapa
D ribuan
Jawapan :
|
Kata Bantu
Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.
1. Kata Bantu Aspek - Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Perbuatan
|
Contoh Kata Bantu
|
Sudah berlaku
|
sudah, telah, pernah
|
Sedang berlaku
|
sedang, masih
|
Belum berlaku
|
belum, akan
|
Kata bantu hadir sebelum kata kerja. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam - Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.
Perbuatan
|
Contoh Kata Bantu
|
Mesti melakukan
|
mesti, harus
|
Hendak melakukan
|
hendak, mahu
|
Berkeupayaan melakukan
|
boleh, dapat
|
Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.
Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
|
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
|
sedang hendak
|
harus sudah
|
masih belum
|
harus telah
|
belum boleh
|
mesti akan
|
belum hendak
|
mesti sudah
|
akan dapat
|
mesti telah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)