Kata Bantu
Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.
1. Kata Bantu Aspek - Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Perbuatan
|
Contoh Kata Bantu
|
Sudah berlaku
|
sudah, telah, pernah
|
Sedang berlaku
|
sedang, masih
|
Belum berlaku
|
belum, akan
|
Kata bantu hadir sebelum kata kerja. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam - Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.
Perbuatan
|
Contoh Kata Bantu
|
Mesti melakukan
|
mesti, harus
|
Hendak melakukan
|
hendak, mahu
|
Berkeupayaan melakukan
|
boleh, dapat
|
Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.
Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
|
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
|
sedang hendak
|
harus sudah
|
masih belum
|
harus telah
|
belum boleh
|
mesti akan
|
belum hendak
|
mesti sudah
|
akan dapat
|
mesti telah
|
Penerangan yang jelas.
ReplyDeleteNota yang ringkas dan jelas.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetahniah cikgu....blog yg menarik dan berinformasi
ReplyDeletepelbagai jenis latihan, amat sesuai sebagai bahan pembelajaran.
ReplyDeleteTahniah! Pelbagai maklumat yang lengkap!
ReplyDeletenota tentang kata bantu yang jelas!
ReplyDelete