Kata Penguat
Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat boleh diletakkan di hadapan atau belakang kata adjektif dalam ayat.
Jenis
Kata Penguat
|
Kata Penguat
|
Contoh Ayat
|
Hadapan
|
paling, terlalu, agak
|
1. Tamanah paling pintar dalam kelas ini.
2. Baju itu terlalu besar baginya.
|
Belakang
|
sekali, benar, nian
|
1. Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu.
2. Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.
|
Bebas
*Boleh diletakkan di hadapan atau belakang kata adjektif
|
amat, sangat, sungguh
|
1 (a ) Hujan lebat sangat.
(b) Hujan sangat lebat.
2 (a) Buah rambutan itu sungguh manis. (b)Buah rambutan itu manis sungguh.
|
useful note,good!
ReplyDeletevery resourceful blog
ReplyDeletethanks for sharing
keep it up
terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
ReplyDeleteTeruskan usaha!
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang bagus.
ReplyDelete