Kata Bilangan
Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah yang tentu sifatnya. Terdapat 7 jenis kata bilangan. Sila rujuk jadual di bawah:
Jenis Kata Bilangan
|
Penggunaan
|
Contoh Kata Bilangan
|
Kata bilangan tentu
|
-menunjukkan bilangan yang tertentu.
-boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
-menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
|
satu, dua, tiga, dan sebagainya
|
Kata bilangan tak tentu
|
-menunjukan bilangan yang tidak tentu.
|
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya
|
Kata bilangan pecahan
|
-menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
|
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
|
Kata bilangan pisahan
|
setiap dan tiap-tiap
| |
Kata bilangan tingkat
|
-menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
|
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
|
Kata bilangan tanya
|
berapa
| |
Kata bilangan himpunan
|
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan seterusnya
|
Jenis Kata bilangan
|
Contoh Ayat
|
Kata bilangan tentu
|
a) Nenek Faiz membela dua ekor kucing.
b) Atikah telah membaca buku yang sama tiga kali hari ini.
|
Kata bilangan tak tentu
|
a) Beberapa minit kemudian, Radiyah pun tiba.
b) Segala maklumat akan Zirah kumpulkan.
|
Kata bilangan pecahan
|
a) Amanina berjanji akan lulus seratus peratus.
b) Tiga suku murid daripada kelas 1M3 telah hantar tugasan mereka.
c) Separuh daripada pelajar sekolah menengah Sinar telah hadir untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan.
|
Kata bilangan pisahan
|
a) Tiap-tiap aktiviti luar sekolah, Din akan mengingatkan kawan-kawannya supaya membawa payung.
b) Setiap hari, Ana akan menonton rancangan kegemarannya.
|
Kata bilangan tingkat
|
a) Alim telah dapat tempat pertama dalam pertandingan berpidato.
b) Iwan telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan mendeklamasikan sajak.
|
Kata bilangan tanya
|
a) Berapakah sepuluh darab tiga ?
b) Pada pukul berapakah Aziz jakan berjumpa Ridhwan?
c) “Leha, sekarang pukul berapa?” tanya Aishah kepada Leha.
|
Kata bilangan himpunan
|
a) Sudah berbulan-bulan, Zulhadi tidak hadir ke sekolah.
b) Ribuan orang hadir untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.
c) Penyanyi popular yang baru meningkat naik telah mempunyai beratus-ratus orang peminat.
|
Nota-nota yang berguna untuk anak murid, thanks for sharing.
ReplyDeleteNota sangat jelas dan sesuai untuk murid-murid.
ReplyDeleteNota ini amat berguna.
ReplyDeleteGuru yang amat rajin kerana menyediakan pelbagai nota tatabahasa di sini. Blog cikgu amat baik dan memanfaatkan murid-murid.Syabas cikgu^^
ReplyDeleteNota yang bermanfaat.
ReplyDeletemaklumat yang baik~
ReplyDeletenota yang padat dan bagus untuk murid. keep it up!
ReplyDeleteBanyak bahan di blog cikgu ni. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dan ilmu di sini.
ReplyDeletewah.. nota yang lengkap.. bagus!!
ReplyDeleteTahniah, blog yang banyak informasi. Terima kasih di atas perkongsian ilmu.
ReplyDeleteCasino Sites in Nigeria
ReplyDeleteFind the best casino sites in Nigeria. We provide top 크롬 사이트 번역 performing, trustworthy and trustworthy 승인전화없는 사이트 online 해외 라이브 스코어 gambling sites. Learn more about bonuses, 강원 랜드 후기 games, Rating: 4.8 · Review 먹튀검증 먹튀프렌즈 by Casino Sites