Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Kata Nafi
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
Bukan
|
menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
|
1. Lelaki yang berbaju merah itu bukanayah saya.
2. Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
|
Tidak
|
menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
|
1. Melepak di pusat membeli-belahtidak memberikan sebarang faedah.
2. Sungai di belakang rumah saya tidakdalam sangat.
|
* Kata nafi “bukan” boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh Ayat:
· Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
· Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Penerangan yang jelas.
ReplyDelete