Sunday 2 December 2012


Kata Penguat


Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat boleh diletakkan di hadapan atau belakang kata adjektif dalam ayat.

Jenis
Kata Penguat
Kata Penguat
Contoh Ayat
Hadapan
paling, terlalu, agak
1. Tamanah paling pintar dalam kelas ini.
2. Baju itu terlalu besar baginya.

Belakang
sekali, benar, nian
1. Permata yang termahal sekali diletakkan di  ruangan khas itu.
2. Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.

Bebas
 *Boleh diletakkan    di hadapan atau     belakang kata      adjektif 
amat, sangat, sungguh
1 (a )  Hujan lebat sangat.
   (b)  Hujan sangat lebat.

2 (a) Buah rambutan itu sungguh manis.                (b)Buah rambutan itu manis sungguh.

4 comments:

  1. very resourceful blog
    thanks for sharing
    keep it up

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
    Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  3. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang bagus.

    ReplyDelete