Saturday 8 December 2012


Kata Bantu

Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.
1. Kata Bantu Aspek - Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.

Perbuatan
Contoh Kata Bantu
Sudah berlaku
sudah, telah, pernah
Sedang berlaku
sedang, masih
Belum berlaku
belum, akan






Kata bantu hadir sebelum kata kerja. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.

          Contoh:
             belum pernah
             masih belum
             telah pernah
             masih sedang
             sudah pernah

2. Kata Bantu Ragam - Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.

Perbuatan
Contoh Kata Bantu
Mesti melakukan
mesti, harus
Hendak melakukan
hendak, mahu
Berkeupayaan melakukan
boleh, dapat







Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.

Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek

sedang hendak

harus sudah

masih belum

harus telah

belum boleh

mesti akan

belum hendak

mesti sudah
akan dapat

mesti telah


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tahniah cikgu....blog yg menarik dan berinformasi

    ReplyDelete
  3. pelbagai jenis latihan, amat sesuai sebagai bahan pembelajaran.

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Pelbagai maklumat yang lengkap!

    ReplyDelete
  5. nota tentang kata bantu yang jelas!

    ReplyDelete