Monday 10 December 2012


Latihan 10 : Simpulan Bahasa


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
   A buta hati
   B buta huruf
   C buta kayu
   D buta gaji

2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ____________ .
   A anak buah
   B anak emas
   C anak tunggal
   D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ______.
   A otak cair
   B otak udang
   C mulut murai
   D mulut tempayan

4 Kunding mengambil sekeping roti sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
   A alas perut
   B ikat perut
   C perut busuk
   D perut kosong

5 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
   A makan hati
   B jatuh hati
   C iri hati
   D ambil hati

6 Azizi dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
   A langkah kanan
   B langkah bendul
   C langkah seribu
   D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
   A geli hati
   B makan hati
   C cekal hati
   D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
   A harga diri
   B harga mati
   C tanda mata
   D tanda harga

9 Yoke Lan ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
   A pekak badak
   B lepas tangan
   C makan hati
   D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
   A banyak mulut
   B berat sebelah
   C angkat kaki
   D lepas tangan

Jawapan :

1  B
6  A
2  C
7  C
3  C
8  B
4  A
9  D
5  C
10 B


12 comments:

  1. latihan yang dapat membantu murid-murid,syabas,cikgu....

    ReplyDelete
  2. bagus.. latihan yang lengkap dan dapat meningkatkan kefahaman murid saya dalam aspek ini.. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikgu! Guru yang rajin. Teruskan usaha murni cikgu agar dapat berkongsi ilmu dan dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. nota jelas , latihan juga banyak. bagus.

    ReplyDelete
  5. Latihan yang dapat membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka.

    ReplyDelete
  6. Pasti latihan ini dapat membantu murid-murid. Bagus!

    ReplyDelete
  7. Latihan tersebut amat sesuai untuk murid-murid.

    ReplyDelete
  8. latihan yang sangat bergunan untuk dijadikan rujukan.

    ReplyDelete