Saturday 8 December 2012


Latihan 6: Kata Bilangan

Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
   A Para
   B Setiap
   C Ribuan
   D Setengah

________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
   A Setiap
   B Segelintir
   C Sebilangan
   D Sebahagian

Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
   A berbagai
   B pelbagai
   C seluruh
   D segala

____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
   A Ketiga
   B Tiap-tiap
   C Sesetengah
   D Kedua-dua

Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau.
   puluhan
   B ribuan
   C setiap
   D separa

_____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
   A Seluruh
   B Ribuan
   C Setengah
   D Beberapa

Pak Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita penyakit jantung.
    A berhari-hari
    B berabad-abad
    C bertahun-tahun
   D berkurun-kurun

________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
   A Pelbagai…… setiap
   B Berbagai……semua
   C Beberapa……segala
   D Pelbagai……segala

_______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam panas.
   A Tiga suku…… sekalian
   B Setengah……beberapa
   C Seluruh……sekalian
   D Seluruh……setiap

10 Jutawan itu mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
   A sebahagian
   B sesetengah
   C beberapa
   D ribuan

Jawapan :

1  B
6  B
2  A
7  B
3  B
8  A
4  D
9  D
5  B
10 A

3 comments:

  1. Terima kasih berkongsi latihan ini.

    ReplyDelete
  2. I was lucky enough to find your wonderful blog and top quality activity sheets. Thank you so much!

    ReplyDelete
  3. Sebuah blog yang mempunyai banyak latihan yang boleh dikongsi. Syabas. Moga cikgu terus aktif berblog untuk berkongsi maklumat dan ilmu.

    ReplyDelete