Monday 10 December 2012


Latihan 9 : Kata Bantu


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Masa menjawab soalan itu __________ tamat.
   A sudah
   B lalu
   C mesti
   D sedang

2. Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.
   A sudah
   B sedang
   C pernah
   D masih

3. Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali ___________ kalah.
   A sudah
   B telah
   C masih
   D belum

4. Murid-murid Tahun 4 _____________ menyertai peraduan itu pada minggu hadapan.
   A belum boleh
   B masih sedang
   C sedang hendak
   D masih

5. Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.
   A dapat
   B hendak
   C boleh
   D harus

6. Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.
   A mesti
   B harus
   C mahu
   D sedang

7. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
   A sedang
   B harus
   C akan
   D telah

8. Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?
   A dapat
   B mesti
   C harus
   D sudah

9. Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.
   A mesti
   B sedang
   C sudah
   D akan

10. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
   A harus
   B akan
   C telah
   D mesti

Jawapan :

1  A
6  D
2  C
7  D
3  B
8  C
4  A
9  A
5  B
10 C


5 comments:

  1. Boleh dijadikan latihan pengukuhan...

    ReplyDelete
  2. murid boleh membuat ulangkaji di sini, bagus!

    ReplyDelete
  3. Akan lebih sempurna jika dipaparkan carta penerangan tentang kegunaan kata bantu ini. Walaubagaimanapun, modul ini sesuai dijadikan latihan kepada murid-murid.

    ReplyDelete