Wednesday, 21 November 2012


Kata Ganti Nama Tunjuk


Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

Kata Ganti
Nama Tunjuk
Penggunaan
Ayat Contoh

Ini
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat
1. Rumah ini sungguh cantik.
2. Pen ini kepunyaan ayah.

Itu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh
1.Bola itu besar.
2.Rumah usang itu tidak berpenghuni.
Sini
Digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
1. Datuk suka bersenam di sini.
2. Setiap hari, saya tunggu ayah saya di sini.
Sana
Digunakan untuk tempat yang jauh atau dianggap jauh dengan orang yang bercakap
1. Mari kita pergi ke sana.
2. Mereka telah sampai di sanapada pukul 4 petang.
Situ
Digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh “sana”
1. Ali duduk di situ pagi tadi.
2. Kedai runcit yang ada dekat-dekat situ telah gulung tikar.

5 comments: