Monday 26 November 2012


Latihan 5 : Kata Seru

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

________, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!
   A Aduh
   B Wah
   C Cis
   D Eh

________, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan tadi!
   A Cis
   B Nah
   C Aduh
   D Wahai

________ pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!
   A Amboi
   B Wahai
   C Wah
   D Cis

________, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa ini!
   A Syabas
   B Aduh
   C Nah
   D Eh

_______, pelik betul pakaian kamu lain daripada orang lain!
   A Eh
   B Syabas
   C Amboi
   D Aduhai

_______, atas kejayaan merebut Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut!
   A Aduh
   B Wahai
   C Syabas
   D Aduhai

_______, bila agaknya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!
   A Aduhai
   B Wahai
   C Wah
   D Eh

_______, cuba kamu perhatikan wanita yang berbaju merah di hujung sana!
   A Hai
   B Wah
   C Wahai
   D Syabas

______, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!
   A Ah
   B Hai
   C Syabas
   D Aduhai

10 _______, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!
   A Oh
   B Wah
   C Aduh
   D Wahai

Jawapan:

1  A
6  C
2  C
7  D
3  B
8  B
4 C
9  A
5  A
10 B

9 comments:

  1. Latihan yang baik dan boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  2. Ya.Latihan tatabahasa yang sangat berguna kepada pelajar.

    ReplyDelete
  3. blog yang menarik..tahniah..bbm yang dikongsikan juga amat menarik dan terima kasih atas perkongsian tersebut..

    ReplyDelete
  4. syabas..blog yang menarik dan banyak maklumat

    ReplyDelete
  5. Latihan yang sangat sesuai untuk murid-murid!

    ReplyDelete
  6. Latihan ini akan memberi faedah kepada murid.

    ReplyDelete
  7. Blog yang manarik.

    ReplyDelete
  8. Tahniah!Blog yang menarik dan sarat dengan info.TQ for sharing..

    ReplyDelete