Monday 5 November 2012


Kata Hubung


Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.
 


Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat cepat sembuh.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berkawan baik.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
jika
Saya berpayung jika hujan.
kecuali
Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Biki membaca buku sementara menunggu bas.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, dia masih meneruskan kerjanya.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

5 comments: